fbpx

Separa Perubatan – 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Separa Perubatan

Aug 3, 2020Separa Perubatan, Temuiduga

Kerjaya dalam bidang Separa Perubatan terdiri daripada ramai kaum wanita. Namun begitu kaum lelaki tetap diperlukan dalam bidang ini. Cuma jumlahnya tidak seramai kaum wanita.

Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui perkara yang anda perlu tahu tentang Separa Perubatan.

Selepas anda mendapat maklumat ini, perjalanan anda untuk mendalami bidang Separa Perubatan akan menjadi lancar.

separa perubatan 6 Perkara anda perlu tahu

6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Separa Perubatan

1. Sebagai seorang calon Separa Perubatan, anda wajib mengambil tahu hal ehwal yang berkaitan dengan Separa Perubatan meliputi skop dan tanggung jawab, tugas-tugas am dan khusus, lokasi latihan, jumlah elaun, kemudahan uniform dan organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Kaji setiap bidang Separa Perubatan yang anda pilih semasa mendaftar dalam portal SPA.

Ambil tahu apa subjek yang bakal anda pelajari. Ini akan membantu anda menghadapi tapisan peperiksaan dan temuduga Separa Perubatan nanti.

3. Selidik format peperiksaan yang dijalankan untuk kemasukan Separa Perubatan.

Dulu, tapisan peperiksaan dibuat di dalam dewan peperiksaan, tapi kini ia telah dijalankan secara online. Buat persediaan dengan mengkaji bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya.

4. Bersedia dengan sesi temuduga Separa Perubatan.

Walau bagaimana pun ini hanya akan anda lalui selepas melepasi tapisan peperiksaan. Cara yang terbaik untuk membuat persediaan ialah merujuk kepada sumber-sumber daripada mereka yang pernah hadir ke sesi temuduga tersebut.

5. Belajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik, berani yakin dan jelas.

Belajar untuk bergaul dan bercampur dengan masyarakat. Upayakan diri untuk hadir ke majlis-majlis keramaian, festival dan seminar supaya anda berhadapan dengan pelbagai peringkat dan ragam manusia. Untuk menceburi bidang Separa Perubatan, anda harus berani dan yakin semasa berurusan dengan orang ramai.

6. Kuasai ciri-ciri psikometrik yang berkaitan dengan sahsiah dan minat.

Dalam ujian bertulis, anda akan disoal dengan tajuk-tajuk sikap yang bakal menentukan anda seorang yang gemar bersosial atau sebaliknya. Anda harus pilih jawapan yang mencerminkan bahawa diri anda memang mudah bergaul dengan orang ramai. Bukan sekadar melepak di laman sosial.

Kesimpulannya, apa jua bidang yang anda minati perlukan pengetahuan asas. Tanpa asas ia takkan berkembang ke hadapan. Begitu juga dengan bidang Separa Perubatan. Ianya amat mencabar kerana terbahagi kepada 10 bidang di bawahnya.

Rujukan Temuduga Separa Perubatan

Anda perlu rujuk satu persatu maklumat yang berkaitan dengan bidang tersebut. Satu kaedah lain yang disyorkan ialah mendapatkan Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan. Di dalam ebook ini terkandung contoh soalan dan jawapan temuduga Separa Perubatan.

ebook-rujukan-simulasi-termuduga-separa-perubatan

Rujukan Peperiksaan Separa Perubatan

Jika anda dipanggil menduduki peperiksaan Separa Perubatan, anda boleh menggunakan Rujukan Lengkap Peperiksaan Separa Perubatan Edisi Terkini ini untuk membuat persiapan exam. Rujukan ini lengkap dengan nota mengenai separa perubatan, contoh soalan dan jawapan, serta 200 soalan latih tubi untuk memahirkan diri anda menjawab soalan peperiksaan.

rujukan nota contoh soalan peperiksaan separa perubatan

P.S : Anda digalakkan share artikel ini jika ia bermanfaat untuk anda. Kami bangga jika ia turut sama membantu rakan anda yang lain.

Artikel Berkaitan :

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

error: Content is protected !!