fbpx

Soalan Penguasa Bomba KB41

Nov 16, 2020Penguasa Bomba, Peperiksaan Online SPA

Peperiksaan Penguasa Bomba KB41

Untuk peperiksaan Penguasa Bomba November 2020 kali ini, pihak SPA panggil exam serentak. Peperiksaan diadakan pada hari dan masa yang sama untuk kedua-dua gred KB29 & KB41. Sesiapa yang dipanggil untuk kedua-dua gred, hendaklah menduduki exam KB41 sahaja.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Penguasa Bomba KB41

Dalam seksyen ini, apa yang diuji adalah kepekaan calon terhadap isu dan perkembangan semasa yang berlaku di sekeliling kita.

Skop soalan dalam seksyen ini amat luas. Anda boleh ditanya soalan dari segi operasi pasukan Bomba, pentadbiran kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, isu semasa, hiburan dan sukan.

Khususnya dasar awam, pengurusan sumber, sistem pantadbiran dan seumpamanya.

Di bawah ini adalah beberapa contoh soalan pengetahuan am bagi peperiksaan online SPA :

1. Terdapat 3 kaedah pemadaman kebakaran iaitu

A. Menyiram, mambasuh dan memadam
B. Meniup, mengepung dan memadam C. Melaparkan, melemaskan dan menyejukkan
D. Menyelimut dan menawan

2. Apakah yang dimaksudkan dengan huruf ABC pada tabung Alat Pemadam Api Mudah Alih Jenis Debu Kering ?

A. Kelafikasi / Kelas-Kelas Api
B. Warna-Warni Api
C. Ciri-Ciri Api
D. Api dan kegunaan

3. Pilih kenyataan yang benar berkenaan Api Kelas A.

A. Kebakaran yang melibatkan bahan cecair mudah terbakar

B. Kebakaran yang melibatkan bahan pepejal

C. Kebakaran yang melibatkan bahan gas
D. Kebakaran yang melibatkan bahan logam

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?

A. Ketua Menteri Melaka
B. Ketua Menteri Sabah
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Berapakah kandungan oksigen dalam udara?

A. 31%
B. 11%

C. 21%
D. 41%

6. Di antara intipati Perjanjian Penubuhan Malaysia ialah

I. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
II. Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi penuh dalam pentadbiran negeri.
III. Kuasa kawalan imigresen diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
IV. Meliputi Malaya, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

A ) I dan III
B ) I dan IV
C ) II dan III
D ) II dan IV

7. Faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan asing dalam negara adalah
I. keadaan politik dan ekonomi yang stabil
II. peningkatan kos infrastruktur

III. kapasiti modal insan yang berkemahiran
IV. dasar-dasar pelaburan kerajaan yang liberal

A ) I, ll dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

Nak lagi contoh soalan exam Penguasa Bomba Gred KB41?

 

rujukan peperiksaan nota contoh soalan penguasa bomba kb29 kb41

Masukkan Nama & Email anda di link di bawah untuk mendaftar:

DAFTAR SEKARANG

Anda juga boleh join channel telegram KHAS ini untuk dapatkan info berkaitan exam dengan lebih cepat

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Penguasa Bomba KB41

Seksyen ini mengkehendaki calon menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Namun, jangan terlalu bimbang. Sesetengah calon memang mempunyai ‘alergik’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Untuk Peperiksaan Penguasa Bomba ini, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan SPM.

Namun begitu, ada beza soalan matematik untuk gred KB29 & KB41.

Untuk Gred KB29, soalan lebih simple. Manakala untuk Gred KB41, soalan lebih complicated dan mengelirukan. Biasanya, untuk Gred 41, soalan kebarangkalian biasanya ditanya beberapa soalan. Jadi, pastikan anda tahu rumus-rumus kebarangkalian yang terlibat.

Berikut adalah beberapa contoh soalan matematik Peperiksaan Penguasa Bomba :

1) 1, 3, 5, 7, 8, 9, 11 – Nombor apa yang berbeza dengan nombor lain?

A) 11
B) 8
C) 1
D) 9

2) 29、27、24、20、15 – Apakah angka seterusnya ?

A) 7
B) 9
C) 10
D) 11

3) 2、10、12、60、62、310 – Apakah angka seterusnya?

A) 312
B) 360
C) 1550
D) 4650

4) Ketika kakak Wan umur 16 tahun, umurnya adalah 4 kali ganda adiknya, Win. Soalannya, pada umur berapakah Wan adalah 2 kali ganda umur Win?

A) 20
B) 24
C) 26
D) 28

 
5) Berikut adalah jawapan empat suspek

  • A: Hanya apabila B melakukan jenayah, C akan juga melakukan jenayah。
  • B:Antara A dan C, sekurang-kurangnya seorang akan melakukan jenayah。
  • C:B tiada melakukan jenayah, saya yang melakukan。
  • D:B terlibat dalam melakukan jenayah。
  • Antara empat orang suspek, ada seorang telah bercakap bohong, apakah kesimpulan yang anda boleh buat?

      A. C berbohong, B yang melakukan jenayah

      B.  C berbohong, B yang melakukan jenayah

      C. A berbohong, C yang melakukan jenayah

      D. D berbohong, C yang melakukan jenayah

    Anda boleh dapatkan lebih banyak contoh soalan daya menyelesaikan masalah Peperiksaan online Penguasa Bomba dengan klik pada gambar di bawah ini. Anda bukan sahaja dapat banyak contoh soalan, malah anda juga akan dapat jawapan dan cara kira untuk dapatkan jawapan. Formula-formula untuk soalan-soalan yang biasa keluar dalam exam SPA juga ada didalam rujukan ini. Semua ini anda boleh dapatkan dalam rujukan lengkap Peperiksaan Penguasa Bomba berikut :

     

    Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba – Kefahaman Bahasa Inggeris

    Ramai yang rasa seksyen ni seksyen bonus. Tapi ada juga yang rasa takut nak jawab soalan Bahasa Inggeris ni. Terutama yang lemah Bahasa Inggeris.

    Untuk seksyen ini, soalan diolah dalam bentuk sama ada;

    • petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman,
    • soalan berkaitan grammar dan/atau soalan vocabulary.

    Contoh soalan Bahasa Inggeris Penguasa Bomba adalah seperti berikut :

    1. The clown pulled silly faces to make the children laugh.

    The word silly in this sentence means:

    A: funny
    B: bad
    C: tricky
    D: scary

    2. The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.

    i am a good runner

    A: i am a good runner.
    B: I am a good runner
    C: Im a good runner.
    D: I am a good runner.

    3. Emily has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

    Which of the following is true?

    A: Emily has three animals in total.
    B: Emily has more cats than dogs.
    C: One of Emily’s cats is black.
    D: All of Emily’s dogs have spots.

    4. For the little boy, a lolly was tangible, whereas a promise was not.

    The word tangible in this sentence means :

    A: basic
    B: untouchable
    C: actual
    D: edible

    5. Please read the following sentence.

    Once Jane lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

    If we change the start of the sentence to:

    Writing the essay became easy…

    What will the ending be?

    A: after starting.
    B: after lifting her pen.
    C: once Jane lifted her pen and made a start.
    D: once she lifted her pen and made a start.

    Banyak lagi tips, nota dan soalan untuk anda dalam rujukan penuh PENGUASA BOMBA KB41 & PENOLONG PENGUASA BOMBA KB29 ini.

    rujukan peperiksaan nota contoh soalan penguasa bomba kb29 kb41

    Kelebihan Anda Dapatkan Rujukan Ini

    1) Hati jadi senang. Jimat masa dan tenaga. 

    Nota Ringkas & padat yang ada dalam rujukan ini akan menjimatkan masa persediaan anda. Anda tak perlu lagi google sana google sini mencari-cari rujukan untuk exam ini. Tak perlu buang masa berjam-jam depan skrin handphone / laptop semata-mata nak cari contoh soalan exam. Tak perlu lagi gali semua nota-nota, buku matematik SPM yang dah tentu tak ada dah dalam rumah anda. Tak penat, fikiran pun tak kusut. Guna je rujukan lengkap ini. Nota ada, formula matematik ada, nota Grammar pun ada. Banyak soalan pengetahuan am. Banyak soalan matematik siap dengan jawapan dan jalan kira. Soalan Bahasa Inggeris pun ada banyak. Haaa… kan best tu. Senang hidup tak payah buang masa tercari-cari lagi benda yang tak pasti. Guna je rujukan ini. Terus study dan buat latih tubi.

    2) Masuk exam dengan lebih yakin

    Contoh-contoh soalan yang diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar exam. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Anda gunakan semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan peperiksaan SPA. Jadi kami tahu bentuk-bentuk soalan yang ditanya. Kami compile dan masukkan dalam rujukan ini, semata-mata untuk bantu anda dan mudahkan persiapan exam anda.

    3) Hidup anda jadi lebih mudah

    Skema jawapan yang disediakan pastinya menjadikan anda lebih pandai beberapa level. Untuk soalan pengetahuan am, diberikan huraian kenapa jawapannya begitu. Untuk soalan matematik, ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah kira mengira. Rumus dan persamaan dah disediakan. Formula apa yang nak digunakan pun dah ditunjuk. Memang senang hidup anda jadinya 🙂 . Anda rasa anda ada masa untuk pening kepala?

    4) Ni paling best!

    Lastly, rujukan ni murah giler. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Toyota Vios dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

    Sebab tu la, anda perlu dapatkan rujukan contoh soalan peperiksaan Penguasa Bomba ini sekarang juga!

     

    Artikel Berkaitan :

    error: Content is protected !!