fbpx

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar G29

Dec 9, 2020Penolong Pegawai Veterinar

Jika anda tercari-cari contoh soalan psikometrik untuk peperiksaan online Penolong Pegawai Veterinar G29 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, di bawah ini merupakan koleksi contoh soalan psikometrik yang boleh anda jadikan latihan. 

Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar G29 di bawah.

Selain dari itu, anda juga boleh dapatkan rujukan khas Psikometrik yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan ujian Psikometrik anda.

ebook rujukan soalan psikometrik

SAYA NAK RUJUKAN PSIKOMETRIK INI SEKARANG!

Asal Usul Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar

Jika anda perasan, seksyen ini adalah berasal dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Untuk kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Format Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar G29

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.

Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti), ataupun

Anda berkemungkinan diberi 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Oh ya, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa benda pula tu? Ia adalah soalan matematik.

Tips Menjawab Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar G29

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :

Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda,

Haa macam mana tu?

Ok, caranya begini. Anda perlu sedaya upaya untuk keluarkan kualiti baik yang ada dalam diri anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri.

Contoh soalan psikometrik penolong pegawai veterinar gred g29

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar G29

1) Saya suka meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu kerana ia memudahkan saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

2) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab veterinar.

A. Ya
B. Tidak

3) Saya sering meminjam wang daripada rakan-rakan.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

4) Saya berminat menjadi pendidik.

A. Ya
B. Tidak

5) Saya suka menonton rancangan berunsur informasi.

A. Ya
B. Tidak

6) Saya suka mendayung berkayak.

A. Ya
B. Tidak

7) Saya lebih suka hadiah berupa wang ringgit berbanding kad ucapan ketika menyambut ulang tahun kelahiran saya.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

8) Pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. BETUL
b. SALAH

9) Saya suka aktiviti luar dan lasak.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10) Idea saya sedikit, dan saya berasa sukar mengeluarkannya.

a. YA
b. TIDAK

11) Saya tidak selesa berbaris di ATM untuk mengambil duit.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

12) Menunggu nombor giliran dipanggil semasa berurusan di kaunter bank adalah perlu.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13) Semasa kecil, saya lebih suka bermain bersama adik-beradik berbanding kawan-kawan.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

14) Saya mesti buktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada bila-bila masa.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

15) Saya tidak suka apabila dipaksa oleh guru untuk menyiapakan kerja rumah semasa sekolah dahulu.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

Cuba jawab sendiri kesemua 15 Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar ini untuk uji diri anda.

Mungkin anda kata “Alaa… senang je soalan ni!”.

Nampak macam senang, TAPI AWAS! sebenarnya ada perangkap yang dah disiapkan untuk anda. Soalan-soalan akan disusun secara rawak, tetapi menguji personaliti anda yang sama. Kadang-kadang soalan yang sama ditanya berulang kali. Silap jawab, kantoi yang anda menipu!

Ada lebih banyak tips jawab soalan psikometrik SPA. Semua tips ini ada dikongsikan dalam Ebook Rujukan Psikometrik Edisi Terkini.

Anda juga akan dapat lebih banyak contoh soalan psikometrik yang dilengkapi dengan skema jawapan. Anda mendapatkan segera rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar

Rujukan ini mengandungi lebih seratus Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar. Lengkap dengan nota-nota dan skema jawapan-jawapan yang padu.

Ia akan mempertajamkan kemahiran anda menjawab ujian psikometrik pada peperiksaan nanti.

ebook rujukan soalan psikometrik

SAYA NAK RUJUKAN PSIKOMETRIK INI SEKARANG!

 

Inilah sedikit sebanyak Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar yang akan anda hadapi pada peperiksaan ni.

Namun, harus diingat. Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Veterinar yang kami sediakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja. Namun begitu, kami telahpun membuat kajian mengenai soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan Psikometrik Online SPA. Kami dah kumpulkan soalan-soalan ini dalam Ebook Rujukan Psikometrik Ini. KLIK SINI UNTUK DAPATKANNYA SEKARANG!

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Kami doakan kejayaan anda 🙂

Artikel Berkaitan :

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

error: Content is protected !!