fbpx

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Dec 9, 2020Penolong Pegawai Teknologi Makanan

Jika anda tercari-cari contoh soalan psikometrik untuk peperiksaan online SPA, di bawah ini merupakan koleksi Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 yang boleh dijadikan latihan calon yang dipanggil ke peperiksaan online Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29.

Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan Psikometrik di bawah.

Selain dari itu, anda juga boleh dapatkan rujukan khas Psikometrik yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan ujian Psikometrik anda.

ebook rujukan soalan psikometrik

SAYA NAK RUJUKAN PSIKOMETRIK INI SEKARANG!

Asal Usul Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Jika anda perasan, seksyen ini adalah berasal dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Untuk kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Format Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29 juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.

Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti), ataupun

Anda berkemungkinan diberi 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Oh ya, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa benda pula tu? Ia adalah soalan matematik.

Tips Menjawab Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :

Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda,

Haa macam mana tu?

Ok, caranya begini. Anda perlu sedaya upaya untuk keluarkan kualiti baik yang ada dalam diri anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri.

contoh soalan exam pegawai tadbir negeri johor n41 (2)

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

1.Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

a. YA
b. TIDAK

2. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

3. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

4. Saya menjerit / menangis apabila perasaan saya tertekan.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

5. Saya mudah berasa bosan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

6. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

7. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan sedih.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

8. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

9. Apabila berborak dengan seseorang, saya akan memandang ke matanya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

11. Idea saya banyak, tapi saya sukar mengeluarkannya.

a. YA
b. TIDAK

12. Apabila ada peluang, kita tidak perlu lagi berusaha.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

13. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ia adalah kesukaan saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

14. Memberikan laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada saya memotong dalam keadaan bahaya.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Demikianlah 14 Contoh Soalan Psikometrik Tekbologi Makanan C29 untuk kali ini. Anda cuba jawab sendiri sebagai uji diri.

Alaa… senang je soalan ni!.

Nampak macam senang, tapi sebenarnya ada perangkap yang dah disiapkan untuk anda. Soalan-soalan akan disusun secara rawak, tetapi menguji personaliti anda yang sama. Silap jawab, kantoi yang anda menipu!

Ada lebih banyak tips jawab soalan psikometrik SPA. Semua tips ini ada dikongsikan dalam Ebook Rujukan Psikometrik Edisi Terkini.

Anda juga akan dapat lebih banyak contoh soalan psikometrik yang dilengkapi dengan skema jawapan. Anda mendapatkan segera rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai

Teknologi Makanan

Rujukan ini mengandungi lebih seratus Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan. Lengkap dengan nota-nota dan skema jawapan-jawapan yang padu.

Ia akan mempertajamkan kemahiran anda menjawab ujian psikometrik pada peperiksaan nanti.

ebook rujukan soalan psikometrik

SAYA NAK RUJUKAN PSIKOMETRIK INI SEKARANG!

 

Inilah sedikit sebanyak Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan yang akan anda hadapi pada peperiksaan ni.

Namun, harus diingat. Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan yang kami sediakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja. Namun begitu, kami telahpun membuat kajian mengenai soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan Psikometrik Online SPA. Kami dah kumpulkan soalan-soalan ini dalam Ebook Rujukan Psikometrik Ini. KLIK SINI UNTUK DAPATKANNYA SEKARANG!

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Kami doakan kejayaan anda 🙂

Artikel Berkaitan :

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

error: Content is protected !!