fbpx

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik Veterinar Q41

Dec 9, 2020Pegawai Penyelidik

Jika anda tercari-cari contoh soalan psikometrik untuk peperiksaan online Pegawai Penyelidik Q41 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, di bawah ini merupakan koleksi Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik gred Q41 yang boleh anda jadikan latihan. 

Cuba jawab semua contoh soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41  di bawah.

Selain dari itu, anda juga boleh dapatkan rujukan khas Psikometrik yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan ujian Psikometrik anda.

ebook rujukan soalan psikometrik

SAYA NAK RUJUKAN PSIKOMETRIK INI SEKARANG!

Asal Usul Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

Jika anda perasan, seksyen ini adalah berasal dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Untuk kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Format Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.

Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti), ataupun

Anda berkemungkinan diberi 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Oh ya, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa benda pula tu? Ia adalah soalan matematik.

Tips Menjawab Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :

Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda,

Haa macam mana tu?

Ok, caranya begini. Anda perlu sedaya upaya untuk keluarkan kualiti baik yang ada dalam diri anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri.

Contoh soalan psikometrik pegawai penyelidik veterinar Q41

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

1) Saya sering meminjam wang daripada rakan-rakan.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

2) Saya lebih suka hadiah berupa wang ringgit berbanding kad ucapan ketika menyambut ulang tahun kelahiran saya.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

3) Pepatah ‘hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. BETUL
b. SALAH

4) Saya tidak suka aktiviti luar dan lasak.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

5) Menunggu nombor giliran dipanggil semasa berurusan di kaunter bank adalah perlu.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Apabila berbicara dengan seseorang, saya lebih suka memandang tepat ke wajahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

7) Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan sedih.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

8) Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berwaspada dengan memberitahu orang sesiapa yang saya kenali.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

9) Apabila berborak dengan seseorang, saya akan memandang ke matanya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10) Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

11) Idea saya banyak, tapi saya sukar mengeluarkannya.

a. YA
b. TIDAK

12) Apabila peluang sudah terhidang di depan mata, kita tidak perlu lagi berusaha.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

13) Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ia adalah kesukaan saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

14) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan merunsingkan saya kerana keputusan tersebut adalah tanggungjawab saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

15) Dalam kerja secara berkumpulan, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.

a. Ya
b. Tidak

Anda cuba jawab sendiri kesemua 15 Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik Veterinar ini untuk uji diri.

Mungkin anda kata “Alaa… senang je soalan ni!”.

Nampak macam senang, TAPI AWAS! sebenarnya ada perangkap yang dah disiapkan untuk anda. Soalan-soalan akan disusun secara rawak, tetapi menguji personaliti anda yang sama. Kadang-kadang soalan yang sama ditanya berulang kali. Silap jawab, kantoi yang anda menipu!

Ada lebih banyak tips jawab soalan psikometrik SPA. Semua tips ini ada dikongsikan dalam Ebook Rujukan Psikometrik Edisi Terkini.

Anda juga akan dapat lebih banyak contoh soalan psikometrik yang dilengkapi dengan skema jawapan. Anda mendapatkan segera rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik

Rujukan ini mengandungi lebih seratus Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik. Lengkap dengan nota-nota dan skema jawapan-jawapan yang padu.

Ia akan mempertajamkan kemahiran anda menjawab ujian psikometrik pada peperiksaan nanti.

ebook rujukan soalan psikometrik

SAYA NAK RUJUKAN PSIKOMETRIK INI SEKARANG!

 

Inilah sedikit sebanyak Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik yang akan anda hadapi pada peperiksaan ni.

Namun, harus diingat. Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik yang kami sediakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja. Namun begitu, kami telahpun membuat kajian mengenai soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan Psikometrik Online SPA. Kami dah kumpulkan soalan-soalan ini dalam Ebook Rujukan Psikometrik Ini. KLIK SINI UNTUK DAPATKANNYA SEKARANG!

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Kami doakan kejayaan anda 🙂

Artikel Berkaitan :

error: Content is protected !!