fbpx

Contoh Soalan SPIER Penguasa Imigresen KP41 KDN

Apr 30, 2021Penguasa Imigresen KP41, Peperiksaan Online SPA

Contoh soalan SPIER di bawah ini boleh digunakan sebagai panduan dan rujukan awal oleh calon peperiksaan Penguasa Imigresen KP41 di Bawah KDN SPIER.

APA ITU UJIAN SPIER PENGUASA IMIGRESEN?

Pengambilan baru anggota keselamatan beruniform berdasarkan kompetensi psikologi merupakan satu initiatif pihak KDN untuk mengenalpasti calon-calon yang bermasalah. Oleh itu, satu set instrumen yang dinamakan sebagai SPIER telah dibangunkan bagi tujuan penyaringan pengambilan baru anggota keselamat beruniform.

KDN mencadangkan agar satu set ujian psikometrik diwujudkan untuk proses pengambilan dan penempatan pegawai baru bagi semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Dengan kewujudan ujian psikometrik ini diharap dapat dijadikan sebagai saringan pertama sebelum calon-calon layak ke fasa seterusnya iaitu fasa temuduga dan ujian fizikal. Ujian ini bukan sahaja dapat mengelakkan calon yang bermasalah dan tidak memenuhi kriteria sebagai pegawai penguasa imigresen, malah dapat mengelakkan bias dan diskriminasi. Disamping itu, melalui ujian ini, hanya calon-calon yang berkualiti sahaja akan dapat ke peringkat seterusnya.

Pembangunan SPIER telah diiktiraf sebagai satu mekanisma yang efektif dalam menjimatkan perbelanjaan yang akhirnya menjadikan Bateri Psikometrik SPIER sebagai satu kriteria yang wajib bagi calon yang ingin menyertai agensi di bawah KDN. SPIER dibangunkan secara spesifik mengikut keperluan setiap agensi.

SEPINTAS LALU MENGENAI KEMENTERIAN DALAM NEGERI 

KDN (Kementerian Dalam Negeri) mempunyai visiPeneraju Keselamatan dan Keamanan Dalam Negeri“. Misi utama KDN adalah “Memastikan Keselamatan dan Keamanan dalam Negara Terjamin dan Keselamatan Rakyat Terpelihara” dengan memegang moto “Keselamatan Tanggungjawab Bersama”.

CONTOH SOALAN SPIER PENGUASA IMIGRESEN KP41 2021

  1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.

A) Amat tidak setuju

B) Tidak setuju

C) Setuju

D) Amat setuju

2. Saya pernah mencuri duit orang 

A) Amat tidak setuju

B) Tidak setuju

C) Setuju

D) Amat setuju

3. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.

A) Amat tidak setuju

B) Tidak setuju

C) Setuju

D) Amat setuju

4. Saya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. 

A) Amat tidak setuju

B) Tidak setuju

C) Setuju

D) Amat setuju

5. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.

A) Amat tidak setuju

B) Tidak setuju

C) Setuju

D) Amat setuju

6. Jika ada ahli keluarga yang membuat jenayah atau langgar undang-undang, saya tidak akan berdiam diri. 

A) Amat tidak setuju

B) Tidak setuju

C) Setuju

D) Amat setuju

7. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

A) Amat tidak setuju

B) Tidak setuju

C) Setuju

D) Amat setuju

8. Saya tetap akan tunggu sehingga lampu isyarat bertukar warna hijau untuk meneruskan perjalanan, walaupun pada pukul 2.30 pagi dan tiada pengguna lain di jalan raya. 

A) Amat tidak setuju

B) Tidak setuju

C) Setuju

D) Amat setuju

9. Saya suka pandangan saya ditolak.

A) Amat tidak setuju

B) Tidak setuju

C) Setuju

D) Amat setuju

10. Saya tidak  memandu kenderaan jika tidak mempunyai lesen yang sah.

A) Amat tidak setuju

B) Tidak setuju

C) Setuju

D) Amat setuju

Ini adalah sebahagian daripada Koleksi Contoh Soalan SPIER Penguasa Imigresen KP41 (Psikometrik/Personaliti).

TIP JAWAB SOALAN PSIKOMETRIK SPIER

Untuk menjawab soalan SPIER Penguasa Imigresen ini, anda perlulah berfikiran positif dan rasional. Semua jawapan yang anda berikan perlulah ke arah nilai positif. Anda hanya perlu lulus sahaja ujian SPIER ini bagi membolehkan anda ke fasa berikutnya iaitu temuduga Penguasa Imigresen KP41.

KOLEKSI CONTOH SOALAN SPIER PENGUASA IMIGRESEN

Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan Psikometrik SPIER Penguasa Imigresen KP41, anda boleh terus dapatkan rujukan SPIER Penguasa Imigresen di bawah :

Klik butang tempahan dan buat pembelian dengan segera. Anda terus boleh download rujukan SPIER Imigresen ini setelah tempahan anda disahkan. Mulakan study segera sebelum lebih ramai calon lain tinggalkan anda.

soalan spier penguasa imigresen kp41

TEMPAH RUJUKAN SPIER IMIGRESEN SEKARANG

Artikel Berkaitan :

error: Content is protected !!