fbpx

Contoh Soalan Psikometrik Perancang Bandar & Desa JA29

Jun 16, 2020Peperiksaan Online SPA, Perancang Bandar Dan Desa JA29, Psikometrik

Pihak SPA telah mengumumkan tarikh Ujian Psikometrik PSEE untuk jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred Ja29 Di Jabatan Perancang Bandar dan Desa

Jadual Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29 2020

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29 DI JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
(Tarikh Ujian : 24 Jun 2020)

Pautan Alternatif:
——————
http://online.spa.gov.my/…/jad_xm_p…/jadual_peperiksaan.php…

 

Jika anda terpilih, Tahniah kami ucapkan. Jika anda tidak pernah menghadiri ujian psikometrik PSEE yang diadakan oleh SPA, pasti tidak tahu ujian apakah ini dan bagaimana bentuk soalan yang selalu ditanya.

Jangan risau kerana kami di sini untuk bantu anda.

Sebelum anda hadir ke ujian online psikometrik ini, anda perlu tahu apa itu ujian psikometrik dan objektif mengapa ujian ini diadakan.

Teruskan pembacaan anda sehingga habis. Kami juga ada berikan contoh soalan psikometrik sebagai rujukan anda.

 

Apa Itu Ujian Psikometrik & Sebab Ujian Ini Diadakan

Soalan-soalan psikometrik untuk kemasukan ke perkhidmatan awam ini direka khas oleh pakar psikologi untuk mengukur gagasan personaliti calon dari sudut kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Ujian psikometrik adalah salah satu dari kaedah yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menapis calon yang ingin memasuki bidang perkhidmatan awam. Ujian ini wajib diambil oleh semua calon sebelum dipanggil ke sesi temuduga kerja dan merupakan sebahagian daripada sistem peperiksaan online SPA.

 

Objektif Ujian Psikometrik

Ini adalah ujian khusus untuk GUGURKAN pemohon yang ramai dari seluruh Malaysia melalui permohonan SPA8i. Sebenarnya ujian PSIKOMETRIK ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing.

Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.

Ianya sesuatu yang bagus untuk pastikan yang betul-betul layak sahaja terpilih. Tapi agak malang untuk calon yang ambil sambil lewa ujian ini dan gagal. Padahal beliau (ANDA!) layak untuk lulus.

 

Taraf penilaian adalah adalah SKEMA “nilaian positif” yang telah ditetapkan.

 

Setiap jawapan ada “SKOR” tersendiri dan pada akhirnya calon ditapis daripada mereka yang mempunyai “SKOR” tinggi.

 

Itu ja. Jadi tips penting untuk sukses dalam ujian ini adalah;

 

“Tonjolkan nilai positif, sembunyikan yang negatif dalam diri”

 

Ujian ini adalah computerized. Tak perlu argue pun dengan tips yang kami kongsikan ini.

 

Pegang satu benda ja, GAGAL skor dalam ujian ni, tak sampai lah anda ke temuduga 🙁

 

Format Soalan Ujian Psikometrik PSEE

 

Ujian psikometrik perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaanya, calon perlu jawab sebanyak 200 soalan dalam masa 60 minit sahaja. Tetapi, kali ini berkemungkinan terdapat sedikit perubahan dari segi jumlah soalan dan masa. Walau bagaimanapun, itu tak penting. Yang penting adalah anda tahu bagaimana penilaiannya yang akan dikongsikan di sini.

 

Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah ujian ini pasti bakal menjadi ujian yang paling mudah bagi anda. Mudah hanya pada hari peperiksaan sahaja, tetapi ada jerat tersembunyi di dalam ujian ini yang anda tak perasan.

 

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. Sebenarnya, seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat (Format 2009 – 2012). Dalam seksyen ini, soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan sifat-sifat dalam diri anda.

 

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi :

 

  • 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti)
  • ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

 

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya.

 

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah; “Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!’.

 

Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan S41

Berikut adalah contoh soalan ujian psikometrik PSEE Pustakawan :

 

contoh soalan psikometrik penolong perancang bandar dan desa-1

contoh soalan psikometrik penolong perancang bandar dan desa-2

 

Nak lagi contoh soalan psikometrik?

>> DOWNLOAD LEBIH BANYAK CONTOH SOALAN Psikometrik. KLIK SINI <<

Download contoh soalan di atas. Cuba jawab. Jangan terlepas dapatkan Panduan Lengkap Ujian Psikometrik SPA yang telah dikemaskini untuk sesi ujian psikometrik PSEE 2020.

 

JOIN CHANNEL TELEGRAM PSIKOMETRIK TERKINI

Jika anda calon peperiksaan psikometrik SPA, pastikan anda join channel rasmi Telegram Psikometrik PSEE di bawah :

JOIN TELEGRAM PSIKOMETRIK PSEE (2020)

Artikel Berkaitan :

error: Content is protected !!