fbpx

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB29 & KB41

Nov 15, 2020Penguasa Bomba, Peperiksaan Online SPA

Peperiksaan Penguasa Bomba KB29 & KB41

Untuk peperiksaan Penguasa Bomba November 2020 kali ini, pihak SPA panggil exam serentak. Peperiksaan diadakan pada hari dan masa yang sama untuk kedua-dua gred KB29 & KB41. Sesiapa yang dipanggil untuk kedua-dua gred, hendaklah menduduki exam KB41 sahaja.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, apa yang diuji adalah kepekaan calon terhadap isu dan perkembangan semasa yang berlaku di sekeliling kita.

Khususnya dasar awam, pengurusan sumber, sistem pantadbiran dan seumpamanya.

Di bawah ini adalah beberapa contoh soalan pengetahuan am bagi peperiksaan online SPA :

1. Di antara berikut, padanan yang manakah antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kawasan pentadbiran yang TIDAK BENAR?

A. Majlis Daerah – kawasan luar bandar
B. Majlis Tempatan – pekan dan kampung baru
C. Majlis Perbandaran – bandar kecil
D. Dewan Bandaraya – bandar besar

2. Bahagian Sumber Manusia boleh diklasifikasikan sebagai

A. Sepasukan staf dan ahli yang bekerja dalam sesebuah perniagaan.
B. Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan awam dan swasta.
C. Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, persatuan atau organisasi.
D. Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.

3. Inisiatif untuk memudahkan perdagangan seperti yang terkandung dalam Deklarasi Nay Pyi untuk mengembangkan penubuhan Komuniti Ekonomi Asean 2015 sekaligus melaksanakan inisiatif Pasaran Tunggal Asean dan Pangkalan Pengeluaran adalah seperti berikut KECUALI

A. Sistem Transit Kastam Asean.
B. Langkah lain bagi aliran masuk bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan, tenaga buruh mahir dan aliran bebas modal.
C. Sistem Persijilan Kendiri Asean dan Jendela Tunggal Asean.
D. Pelanunan di laut dan penggubahan wang haram.

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?

A. Ketua Menteri Melaka
B. Ketua Menteri Sabah
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan jabatan kerajaan di bawah KECUALI

A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Untuk contoh lengkap dan skema jawapan bagi seksyen A Peperiksaan Penguasa Bomba, anda boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penguasa Bomba ini :

rujukan peperiksaan nota contoh soalan penguasa bomba kb29 kb41

SAYA NAK

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengkehendaki calon menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Namun, jangan terlalu bimbang. Sesetengah calon memang mempunyai ‘alergik’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Untuk Peperiksaan Penguasa Bomba ini, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan SPM.

Namun begitu, ada beza soalan matematik untuk gred KB29 & KB41.

Untuk Gred KB29, soalan lebih simple. Manakala untuk Gred KB41, soalan lebih complicated dan mengelirukan. Biasanya, untuk Gred 41, soalan kebarangkalian biasanya ditanya beberapa soalan. Jadi, pastikan anda tahu rumus-rumus kebarangkalian yang terlibat.

Berikut adalah beberapa contoh soalan matematik Peperiksaan Penguasa Bomba :

1. Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Brunei ialah RM100=$31.56. Berapakah nilai RM jika $157.78?

A) 500
B) 550
C) 600
D) 650

2. Negara Y mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di negara Y itu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3. Sebuah novel mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam novel tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4. Minah dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Minah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

Anda boleh dapatkan lebih banyak contoh soalan daya menyelesaikan masalah Peperiksaan online Penguasa Bomba dengan klik pada gambar di bawah ini. Anda bukan sahaja dapat banyak contoh soalan, malah anda juga akan dapat jawapan dan cara kira untuk dapatkan jawapan. Formula-formula untuk soalan-soalan yang biasa keluar dalam exam SPA juga ada didalam rujukan ini. Semua ini anda boleh dapatkan dalam rujukan lengkap Peperiksaan Penguasa Bomba berikut :

 

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang digeruni sesetengah calon. Kerana inilah seksyen yang mampu memusnahkan impian anda untuk menjadi Penguasa Bomba.

Inilah seksyen yang ‘membunuh’ impian menggunung ramai calon. Impian nak beri mak ayah duit poket setiap bulan. Impian nak ringankan beban ayah. Impian untuk membantu majlis kahwin kakak lagi beberapa bulan ke depan ni. Impian untuk tolong bayar yuran pengajian adik-adik.

Untuk seksyen ini, soalan diolah dalam bentuk sama ada;

  • petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman,
  • soalan berkaitan grammar dan/atau soalan vocabulary.

Contoh soalan Bahasa Inggeris Penguasa Bomba adalah seperti berikut :

1. The clown pulled silly faces to make the children laugh.

The word silly in this sentence means:

A: funny
B: bad
C: tricky
D: scary

2. The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.

i am a good runner

A: i am a good runner.
B: I am a good runner
C: Im a good runner.
D: I am a good runner.

3. Emily has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A: Emily has three animals in total.
B: Emily has more cats than dogs.
C: One of Emily’s cats is black.
D: All of Emily’s dogs have spots.

4. For the little boy, a lolly was tangible, whereas a promise was not.

The word tangible in this sentence means :

A: basic
B: untouchable
C: actual
D: edible

5. Please read the following sentence.

Once Jane lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy…

What will the ending be?

A: after starting.
B: after lifting her pen.
C: once Jane lifted her pen and made a start.
D: once she lifted her pen and made a start.

Untuk lebih banyak contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Peperiksaan online Penguasa Bomba, anda boleh dapatkan rujukan Peperiksaan online Penguasa Bomba berikut :

rujukan peperiksaan nota contoh soalan penguasa bomba kb29 kb41

Kelebihan Anda Dapatkan Rujukan Ini

1) Hati jadi senang. Jimat masa dan tenaga. 

Nota Ringkas & padat yang ada dalam rujukan ini akan menjimatkan masa persediaan anda. Anda tak perlu lagi google sana google sini mencari-cari rujukan untuk exam ini. Tak perlu buang masa berjam-jam depan skrin handphone / laptop semata-mata nak cari contoh soalan exam. Tak perlu lagi gali semua nota-nota, buku matematik SPM yang dah tentu tak ada dah dalam rumah anda. Tak penat, fikiran pun tak kusut. Guna je rujukan lengkap ini. Nota ada, formula matematik ada, nota Grammar pun ada. Banyak soalan pengetahuan am. Banyak soalan matematik siap dengan jawapan dan jalan kira. Soalan Bahasa Inggeris pun ada banyak. Haaa… kan best tu. Senang hidup tak payah buang masa tercari-cari lagi benda yang tak pasti. Guna je rujukan ini. Terus study dan buat latih tubi.

2) Masuk exam dengan lebih yakin

Contoh-contoh soalan yang diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar exam. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Anda gunakan semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan peperiksaan SPA. Jadi kami tahu bentuk-bentuk soalan yang ditanya. Kami compile dan masukkan dalam rujukan ini, semata-mata untuk bantu anda dan mudahkan persiapan exam anda.

3) Hidup anda jadi lebih mudah

Skema jawapan yang disediakan pastinya menjadikan anda lebih pandai beberapa level. Untuk soalan pengetahuan am, diberikan huraian kenapa jawapannya begitu. Untuk soalan matematik, ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah kira mengira. Rumus dan persamaan dah disediakan. Formula apa yang nak digunakan pun dah ditunjuk. Memang senang hidup anda jadinya 🙂 . Anda rasa anda ada masa untuk pening kepala?

4) Ni paling best!

Lastly, rujukan ni murah giler. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Toyota Vios dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sebab tu la, anda perlu dapatkan rujukan contoh soalan peperiksaan Penguasa Bomba ini sekarang juga!

 

Artikel Berkaitan :

error: Content is protected !!