fbpx

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PEPERIKSAAN SPA – PSEE

Oct 23, 2020Peperiksaan Online SPA

Jika anda dipanggil ke Peperiksaan SPA – PSEE, tahniah kami ucapkan. Jika dalam jadual peperiksaan anda menyatakan seksyen yang akan diuji ialah Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah, pasti anda tertanya-tanya, bagaimana soalan Daya Menyelesaikan Masalah ditanya dalam Peperiksaan Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE) yang diadakan oleh pihak SPA.

Kerisauan anda akan berkurangan selepas anda habis baca artikel ini. Dalam artikel ini kami akan berikan kepada anda beberapa contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah peperiksaan SPA. Calon-calon selalu panggil Soalan Daya Meneyelsaikan ini Soalan Matematik SPA.

Dalam artikel ini juga, kami akan berikan kepada link untuk anda dapatkan Koleksi Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA. Pastikan anda baca artikel ini sehingga habis.

JOIN CHANEL TELEGRAM CONTOH SOALAN EXAM SPA

Kami galakkan anda untuk join channel telegram rasmi Contoh Soalan Exam SPA ini supaya anda tidak ketinggalan contoh-contoh soalan dan maklumat terkini berkaitan PSEE.

KLIK & JOIN TELEGRAM CONTOH SOALAN EXAM SPA

Okay, seperti yang dijanjikan, di bawah ini adalah contoh-contoh soalan matematik peperiksaan SPA PSEE.

SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PEPERIKSAAN SPA

Secara asasnya, seksyen ini memerlukan anda menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. Kemahiran pemikiran logik,
  2. Kemampuan menginterpretasi data
  3. Melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

 

Untuk soalan-soalan matematik ini, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, soalan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

 

Walaupun soalan tak lebih dari silibus SPM, namu ramai calon mengadu tak cukup masa jawab soalan. Jadi, anda jangan ambil mudah exam ini. Macam mana pun, anda perlu study dan buat latih tubi banyak-banyak. 

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PEPERIKSAAN SPA

1) Mak Jemaah ialah adik kepada Zaiton. Selain turut cantik seperti kakaknya, Mak Jemah juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM 450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Mak Jemah untuk mendapat dividen sebanyak RM 81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Negara ABC mempunyai bangsa P seramai 0.47 juta orang. Bangsa Q pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa P. Manakala Bangsa R adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa Q. Berapakah jumlah Bangsa R di negara ABC itu?

A) Bangsa R : 72 956 Orang
B) Bangsa R : 88 125 Orang
C) Bangsa R : 117 500 Orang
D) Bangsa R : 150 750 Orang

 

3. Joyah bukan sahaja seorang gadis yang cantik dan bersopan. Malah rajin belajar. Dia dapat menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dijawab oleh Joyah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55 soalan
B) 50 soalan
C) 40 soalan
D) 45 soalan

 

4) Kotak Q lebih ringan daripada kotak S, kotak R lebih ringan daripada kotakh P dan kotak Q lebih berat daripada kotak P.

Susun kotak-kotak bermula dengan yang paling berat.

A) R, P, Q, S
B) S, P, Q, R
C) R, Q, P, S
D) S, Q, P, R

5) Hasil tambah panjang dan lebar sebuah chalet satu tingkat ialah 100 m. Chalet itu mempunyai ruang lantai sebanyak 2500 meter persegi. Apakah panjang dan lebar chalet itu?

A) panjang 50 m dan lebar 50 m
B) panjang 51 m dan lebar 52 m
C) panjang 52 m dan lebar 54 m
D) panjang 53 m dan lebar 58 m

Ini adalah beberapa contoh soalan matematik peperiksaan online SPA. Anda boleh dapatkan lebih banyak contoh soalan matematik exam SPA dengan klik pada gambar di bawah :

soalan peperiksaan pembantu laut gred a19

KLIK & DAPATKAN SOALAN LATIH TUBI DAYA MENYELESAIKAN MASALAH EXAM SPA

Artikel Berkaitan :

error: Content is protected !!