fbpx

Pembantu Perawatan Kesihatan U11 – Tugas, Gaji & Kelayakan

Aug 3, 2020Pembantu Perawatan Kesihatan

Untuk sesiapa yang baru pertama kali dengar jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan ini, kami akan terangkan mengenai tugas-tugas pembantu perawatan kesihatan, gaji, syarat kelayakan, peperiksaan dan temuduga untuk jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan (Atendan) PPK di KKM Gred U11 dalam artikel ini. Baca sehingga habis agar anda dapat maklumat yang lengkap.

Khas untuk lepasan PMR / SRP yang berminat untuk kerja kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh memohon jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan / Atendan.

Pembantu Perawatan Kesihatan termasuk dalam kumpulan pelaksana dan ditempatkan di pelbagai Kementerian dan Jabatan mengikut kekosongan yang ada.

pembantu perawatan kesihatan ppk u11 gaji tugas kelayakan

Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Berikut adalah gaji minimum, gaji maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Perawatan Kesihatan, PPK Gred U11

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,204.00RM3,001.00RM80.00

Bidang Tugas / Skop Kerja Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Secara umumnya, Pembantu Perawatan bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Tugas Pembantu Perawakan Kesihatan berbeza mengikut tempat masing-masing. Sebagai contoh di klinik ataupun di hospital.

Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital

 -> Wad 

= Mengemas katil pesakit
= Lap pesakit yang terlantar
= Membantu jururawat

 -> Kecemasan 

 = Menghantar darah ke makmal
 = Mengiringi pesakit ke hospital lain
 = Menghantar pesakit ke wad
 = Menghantar mayat ke bilik mayat (jika ada kematian)

* Tugas PPK di hospital berbeza mengikut unit masing-masing. 

Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan di Klinik

 = Mencari fail-fail pesakit
 = Mendaftar pesakit baru dan lama
 = Mengiringi pesakit ke Hospital

Syarat Lantikan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Bagi yang berminat untuk memohon jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan, mari lihat syarat-syarat lantikan dan kelayakan untuk memohon.

Syarat Lantikan:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Permohonan boleh dibuat di laman web SPA. Permohonan boleh dibuat secara online apabila iklan jawatan kosong bagi jawatan ini dibuka.

Peperiksaan Online Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Selepas permohonan diterima, calon-calon yang memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan online Pembantu Perawatan Kesihatan. Panggilan exam akan dibuat dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan dan kekosongan yang ada. Biasanya, pihak SPA akan membuat panggilan exam melalui emel / SMS. Pengumuman peperiksaan juga ada dibuat di Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Tujuan peperiksaan ini diadakan adalah untuk menapis calon-calon yang memohon. Melalui peperiksaan ini, calon-calon yang tidak memenuhi kriteria yang diperlukan akan disingkirkan.

Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Calon-calon yang lulus peperiksaan online Pembantu Perawatan Kesihatan akan dipanggiil ke sesi temuduga.

Jika anda dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, tahniah kami ucapkan. Untuk berjaya dalam sesi temuduga ini, anda perlu buat persediaan yang rapi. Sebaiknya, untuk masa depan anda yang cerah, jangan datang temuduga dengan dada yang kosong dan fikiran yang kosong. Isi dada dan fikiran anda dengan ilmu-ilmu temuduga. Anda boleh baca Contoh Soalan & Tip Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan ini.

Panduan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Untuk makluman anda, 1 panduan temuduga khas untuk temuduga jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan telah pun dibuka jualannya.

Dalam panduan ini, kami kongsikan langkah demi langkah bagaimana untuk anda buat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, selepas temuduga, semuanya kami kongsikan dengan anda. Semua langkah-langkah ini mudah untuk anda ikut.

Temuduga-Pembantu-Perawatan-Kesihatan-U11-2020-ecover-2

P.S : Anda boleh share artikel mengenai Pembantu Perawatan Kesihatan ini jika ia bermanfaat untuk anda. Kami bangga jika ia turut sama membantu rakan anda yang lain.

Artikel Berkaitan :

error: Content is protected !!