Di sini kami akan kongsikan 20 soalan temuduga yang telah ditanya kepada beberapa orang calon ketika temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 dijalankan.
Soalan-soalan ini pernah ditanya kepada calon temuduga PPK U11 di pelbagai negeri. Jadi, nda boleh bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya kepada anda ketika sesi temuduga nanti.

Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
- Apakah tugas PPK?
- Apakah tugas PPK di kecemasan?
- Apa warna uniform PPK?
- Apa perbezaan hospital dan klinik?
- Adakah anda merokok?
- Jika anda ditempatkan di bilik mayat, adakah anda sanggup?
- Jika anda ditempatkan di luar daerah atau kawasan pedalaman, adakah anda sanggup?
- Adakah anda sanggup berdepan dengan najis, darah dan nanah?
- Siapakah Menteri Kesihatan serta timbalannya?
- Rukun negara
- Ceritakan mengenai diri anda
- Apa kelebihan yang ada pada anda yang tak ada pada mana-mana calon lain?
- Kenapa patut saya ambil anda bekerja?
- Siapa yang banyak bekerja dengan PPK?
- Cara mengatasi jejentik di rumah?
- Jenis kumpulan darah?
- Bolehkan anda menguruskan pesakit yang sudah berusia?
- Apa kaitan Rukun Negara dengan PPK?
- Bolehkah anda menjalankan kerja-kerja menyelamat seperti CPR?
- Apakah aktiviti yang pernah anda lakukan berkaitan dengan PPK?
Panduan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Untuk makluman anda, 1 panduan temuduga khas untuk membantu anda membuat persiapan temuduga jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan telah dibuka jualannya.
Dalam panduan ini, kami kongsikan langkah demi langkah bagaimana untuk adna buat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, selepas temuduga, semuanya kami kongsikan dengan anda. Semua langkah-langkah ini mudah untuk anda ikut.