fbpx

Contoh Soalan Pembantu Belia dan Sukan S19 (Daya Menyelesaikan Masalah)

Aug 3, 2021Pembantu Belia Sukan S19

Bagi calon yang dipanggil ke exam online Pembantu Belia dan Sukan S19, berikut adalah contoh soalan matematik Peperiksaan Online Pembantu Belia dan Sukan S19 (Daya Menyelesaikan Masalah).

Cuba jawab untuk uji kecekapan anda. Selesai menjawab soalan, semak jawapan anda di bawah.

Anda juga boleh dapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Pembantu Belia & Sukan S19 di sini.

soalan matematik penolong belia sukan s19 pembantu

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Belia dan Sukan S19

.

1)Sebuah bilik mempunyai 4 dinding iaitu E, F, G dan H yang perlu di cat. Saiz dinding E sama dengan saiz dinding F dan saiz dinding G sama dengan saiz dinding H. Saiz dinding H ialah 24m² adalah sama dengan 1/2 daripada saiz dinding E. Saiz dinding H memerlukan 2 liter cat. Berapakah jumlah cat untuk mengecat semua dinding tersebut?

A) 8 liter

B) 10 liter

C) 12 liter

D) 16 liter

 

2) Hani menunggang motosikal pada kelajuan purata 60km/j selama  1 jam 15  minit. Kemudian  beliau  berhenti untuk mengisi minyak dan meneruskan perjalanan lagi selama 1 jam pada kelajuan purata yang sama. Berapakah jarak yang dilaluinya?

A) 75km

B) 125km

C) 129km

D) 135km

 

3) Rahimah menjual kuih-muih 6 hari dalam seminggu. Purata hasil jualan sehari yang diperolehinya ialah RM270. Berapakah jumlah hasil jualannya selama 8 minggu?

A) RM1,620

B) RM2,160

C) RM12,960

D) RM15,120

 

4) Sebuah  kereta  dipandu  pada  kelajuan  purata  98km/j  sejauh  343km  dan  sampai  ke  destinasi  tujuannya  pada pukul 3.30 petang. Pukul berapakah ia memulakan perjalanan?

A) 12.00 tengah hari

B) 12.10 tengah hari

C) 12.30 tengah hari

D) 1.00 tengah hari

 

5) 12 buah kotak jus epal yang mempunyai FC isi padu sebanyak 600ml setiap satu boleh dimasukkan ke dalam satu kotak besar. Berapakah isi padu keseluruhan jus epal yang boleh memenuhi 24 kotak besar yang serupa?

A) 144 liter

B) 1440 liter

C) 172.8 liter

D) 1728 liter

.

Jawapan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Belia dan Sukan S19

.

Jawapan Soalan 1

Saiz H = 24 m2 perlu 2 liter cat  .1 m2 perlu  2/24 = 0.083 liter cat.

Saiz G = 24 m2  ; Saiz E = 24x 2 = 48 m2  Saiz F = 48 m2

Jumlah semua saiz = 24 + 24 + 48 + 48 = 144m2

Jumlah cat yang diperlukan = 144 x 0.083 =11.95= 12 liter (C)

.

Jawapan Soalan 2

Masa fasa pertama menunggang selama 1 jam 15 minit = 1.25 jam ( tukar minit kepada jam: 15/60 =0.25 jam)

Fasa kedua menunggang selama : 1 jam

Jarak = laju x masa =  60 x (1.25 + 1)  = 60 x 2.25 = 135 km (D)

.

Jawapan Soalan 3

Jualan seminggu = 270 x 6 = RM1620

Jualan 8 minggu = 1620 x 8 = RM 12,960 (C)

.

Jawapan Soalan 4 : 

Masa = jarak /laju

= 343 /98 = 3.5 jam = 3 jam 30 minit  ( 1 jam =60 minit)

Sampai pukul 3.30 ptg atau 15:30 . Masa mula = 15:30 – 3 :30 = 12:00  (A)

.

Jawapan Soalan 5 : 

1 kotak ada 12 kotak jus epal

24 kotak ada  24 x 12 =288 kotak jus   ( 1 kotak jus 600 ml)

24 kotak  ada  288 x 600 ml = 172,800 ml     ( 1 liter = 1000 ml)

= 172,800/1000 = 172.8 liter (C)

.

Koleksi Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Belia & Sukan S19 & Panduan Lengkap

.

Contoh soalan dan cara kira jawapan yang diberikan di atas adalah beberapa soalan yang diambil dari Panduan Lengkap Peperiksaan Pembantu Belia & Sukan S19 edisi terkini. 

Panduan ini disediakan khas untuk membantu anda buat latih tubi dan dapat biasakan diri jawab bentuk-bentuk soalan yang biasa ditanya ketika peperiksaan Pembantu Belia & Sukan S19. 

Bukan soalan Daya Menyelesaikan Masalah sahaja yang ada dalam panduan ini, soalan Kefahaman Bahasa Inggeris juga ada. Anda boleh baca lebih lanjut kandungan ebook panduan ini dengan klik butang di bawah :

 ebook panduan soalan pembantu belia dan sukan s19

SAYA NAK PANDUAN BELIA & SUKAN S19

Artikel Berkaitan :

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

error: Content is protected !!