fbpx

Rujukan PTN Johor | Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N41

Sep 20, 2020Pegawai Tadbir Negeri

Anda dipanggil exam online Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N41? Anda berada di tempat yang betul. Artikel ini khas untuk bantu anda buat persiapan exam.

Untuk pengetahuan anda, untuk ambilan jawatan Pegawai Tadbir Negeri, semua negeri ada penilaian dan perlaksanaan berbeza mengikut negeri masing-masing.

Johor – exam Online
Pulau Pinang – exam Offline
Sarawak – exam Online

Sama ada exam online atau offline, yang penting anda kenalpasti bentuk soalan dan seksyen penilaian untuk sesi exam yang anda dipanggil.

SKOP PENILAIAN EXAM PTN JOHOR 2020

Ada perubahan format peperiksaan online PTN Johor untuk sesi 2020 kali ini berbanding sesi peperiksaan lalu (tahun 2018).

Untuk sesi 2018, ada 3 seksyen soalan, iaitu :

Seksyen A : Psikometrik

Seksyen B : Pengetahuan AM

Seksyen C  : Daya Menyelesaikan Masalah

Tetapi, untuk peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Johor 2020, hanya ada 2 seksyen sahaja, iaitu :

Seksyen A : Pengetahuan AM

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Sebagai calon, anda perlu tahu apa yang akan dinilai pada peperiksaan online PTN Johor ini.

Berikut adalah perkara-perkara yang akan dinilai dalam exam PTN41 Johor :

i) Pengetahuan Am
ii) Pengetahuan Berkaitan Bidang Kerja
iii) Dasar-Dasar Kerajaan
iv) I.Q
v) Kecekapan anda menyelesaikan masalah berdasarkan situasi / masalah yang diberikan.

MACAM MANA NAK LULUS EXAM PTN JOHOR?

.

Mungkin anda tertanya-tanya contoh soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Johor dan juga rujukan peperiksaan PTN Johor untuk anda jadikan rujukan.

Dalam artikel ini, kami akan berikan kepada anda beberapa contoh soalan pengetahuan am dan soalan daya menyelesaikan masalah exam PTN41 Johor.

Buat persediaan menyeluruh untuk lulus exam ini. Masa dah tak banyak dah.

Untuk bantu persediaan exam anda, ada satu rujukan khas untuk calon Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N41 seperti anda. Rujukan ini sedang dikemaskini untuk disesuaikan dengan format terkini exam PTN Johor sesi 2020. Untuk mendapatkan rujukan ini, anda join chanel Telegram khas untuk calon PTN41 ini. Klik butang di bawah ini untuk join :

KLIK & JOIN TELEGRAM RASMI PTN JOHOR

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR NEGERI PTN JOHOR GRED N41

Contoh-contoh soalan yang kami berikan ini adalah sebagai contoh untuk membantu anda memahami corak soalan yang selalu ditanya dalam exam ambilan kerja kerajaan. Ianya contoh sahaja. Bukan soalan sebenar dan bukan juga soalan ramalan. Namun begitu, contoh-contoh soalan ini dapat membantu anda mendapatkan gambaran mengenai soalan yang bakal ditanya.

contoh soalan exam pegawai tadbir negeri johor n41

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR NEGERI PTN JOHOR GRED N41

1) Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah dan jenis mahkamah di Malaysia

I. Mahkamah Rendah –> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas –> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat –> Mahkamah Pegawai

A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

2) Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

3) Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.

A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR NEGERI PTN JOHOR GRED N41

Bagi soalan daya menyelesaikan masalah, ia lebih ke arah perngiraan dan daya fikiran anda untuk menyelesaikan masalah soalan tersebut. Kebanyakan calon mengeluh seksyen ini kerana diberikan masa tidak mencukupi untuk menjawab kesemua 40 soalan dalam masa 50 minit. Hal ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan memerlukan masa yang pantas untuk selesaikan soalan pengiraan.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Untuk pengetahuan, seksyen ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kemahiran logik, menginterpretasi data dan konsep matematik.

CONTOH SOALAN MATEMATIK PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR NEGERI PTN JOHOR GRED N41

1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut.

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Jawapan: A

Pengiraan:

Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8×7/2 = 28.

2. Sebuah mesin membuat roti dapat menghasilkan 550 buku roti dalam sehari. Waktu operasi kilang tersebut ialah hari Isnin hingga Sabtu dan mempunyai seramai 9 orang pekerja. Pengeluaran sebuah kilang roti yang mempunyai 7 mesin roti yang sama dan didapati 2 buah mesin telah rosak. Hitung jumlah pengeluaran roti dalam masa 2 hari.

A. 5500
B. 1500
C. 7700
D. 6500

3. Bundarkan puluh ribu hasil tambah 15 ribu, 3 puluh ribu dan 8 ribu ialah …

A. 53477
B. 53000
C. 50000
D. 53400

4. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?

A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

5. Sayid dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Sayid dalam masa 1 jam 15 minit?

A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

6. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

7. Bagi set data 6, 8, 10, 6. 5, 2, x, y. Kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari x + y.

A. 19
B. 17
C. 18
D. 20

8. Raziah mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Rahmah pula mendapat kurang 250 markah daripada Roslan. Manakala Roslan mendapat kurang 350 markah daripada Raziah. Berapakah jumlah markah mereka?

A. 13,500
B. 13,550
C. 12,550
D. 12,500

9. Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter?
A. 200
B. 250
C. 100
D. 150

10. Junainah menaiki komuter ke Universiti Malaya dari rumahnya pada jam 6.30 pagi dan tiba di sana jam 7.25 pagi. Berapa lama Junainah gunakan masanya ke destinasi?
A. 45 minit
B. 55 minit
C. 25 minit
D. 35 minit

CHANEL TELEGRAM RASMI KHAS EXAM PEGAWAI TADBIR NEGERI

Satu chanel rasmi khas untuk exam PTN diadakan untuk memudahkan anda buat rujukan dan persediaan exam. Anda sangat digalakkan untuk join chanel PTN41 ini supaya tidak ketinggalan maklumat yang disalurkan khas untuk anda,

Klik butang di bawah untuk join telegram rasmi PTN41:

KLIK & JOIN TELEGRAM RASMI PTN JOHOR

PERSEDIAAN YANG ADNA PERLUKAN UNTUK EXAM PTN JOHOR GRED N41

Ada 76 Nota Ringkas untuk bantu persediaan pantas anda.

Ada contoh-contoh soalan dan jawapan

Ada penerangan format.

.. dan macam-macam lagi.

Semuanya untuk bantu persediaan anda.

Doa kami untuk anda!

Artikel Berkaitan :

error: Content is protected !!