
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian / Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Gaji Pegawai Tadbir dan Diplomatik:
GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN |
---|---|---|
RM2,422.00 | RM9,631.00 | RM225.00 |
Syarat Lantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau - ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau - ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);
dan
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
- hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Deskripsi Tugas PTD
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Channel Telegram Khas PTD. Join PERCUMA
Untuk maklumat lanjut mengenai peperiksaan PTD yang akan diadakan nanti, anda boleh join Channel Tegram rasmi PTD ini.
Kami akan menyediakan nota, panduan, rujukan lengkap yang mengandungi contoh soalan & jawapan dalam channel ini nanti. Anda boleh join channel telegram ini dengan klik butang JOIN TELEGRAM PTD di bawah :