fbpx

25 Contoh Soalan Psikometrik Akauntan WA41

Dec 23, 2020Akauntan

Jika anda tercari-cari contoh soalan psikometrik Akauntan, di bawah ini merupakan koleksi Contoh Soalan Psikometrik SPA yang boleh anda jadikan sebagai latihan dan panduan. 

Cuba jawab semua contoh soalan Psikometrik di bawah.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan rujukan khas Psikometrik yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan ujian Psikometrik anda. Rujukan ini khas untuk penjawat awam / bakal penjawat awam yang akan menduduki peperiksaan psikometrik Akauntan WA41 yang akan berkhidmat di Jabatan Akauntan Negara.

Ujian-Psikometrik-December-2020

SAYA NAK RUJUKAN PSIKOMETRIK INI SEKARANG!

Asal Usul Ujian Psikometrik Akauntan

Jika anda perasan, ujian psikometrik ini adalah berasal dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat yang ada dalam peperiksaan memasuki kerja kerajaan. Untuk kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan sifat yang ada dalam diri anda.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Format Ujian Psikometrik Akauntan WA41

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Akauntan juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.

Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti), ataupun

Anda berkemungkinan diberi 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Oh ya, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa benda pula tu? Ia adalah soalan matematik. Tidak semua jawatan ada soalan matematik dalam ujian psikometrik. Hanya jawatan-jawatan yang tertentu sahaja ada soalan numerical ini. Ianya bergantung pada kriteria calon yang dicari oleh pihak SPA.

Tips Menjawab Soalan Psikometrik Akauntan

ebook contoh soalan ujian psikometrik SPA terkini

Tips utama untuk menjawab dengan baik soalan psikometrik :

Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda,

Haa macam mana tu?

Ok, caranya begini. Anda perlu sedaya upaya untuk keluarkan kualiti baik yang ada dalam diri anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri.

CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK akauntan

Contoh Soalan Psikometrik Akauntan Gred WA41

1) Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

2) Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

3) Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4) Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

5) Saya sering meminjam wang daripada rakan-rakan.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

6) Saya lebih suka hadiah berupa wang ringgit berbanding kad ucapan ketika menyambut ulang tahun kelahiran saya.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

7) Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

8) Pepatah ‘hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. BETUL
b. SALAH

9) Saya tidak suka aktiviti luar dan lasak.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10) Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

11) Menunggu nombor giliran dipanggil semasa berurusan di kaunter pejabat pos adalah perlu.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

12) Apabila berbicara dengan seseorang, saya lebih suka memandang tepat ke wajahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

13) Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan sedih.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

14) Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berwaspada dengan memberitahu orang sesiapa yang saya kenali.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

 

15) Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

16) Apabila berborak dengan seseorang, saya akan memandang ke matanya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

17) Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

18) Idea saya banyak, tapi saya sukar mengeluarkannya.

a. YA
b. TIDAK

 

19) Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

20) Apabila peluang sudah terhidang di depan mata, kita tidak perlu lagi berusaha.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

21) Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ia adalah kesukaan saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

22) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan merunsingkan saya kerana keputusan tersebut adalah tanggungjawab saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

23. Saya tidak suka melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

23) Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

24) Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

25) Dalam kerja secara berkumpulan, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.

a. Ya
b. Tidak

Anda cuba jawab sendiri kesemua 25 Contoh Soalan Psikometrik Akauntan ini untuk uji diri anda.

Mungkin anda kata “Alaa… senang je soalan ni!”.

Nampak macam senang, TAPI AWAS! sebenarnya ada perangkap yang dah disiapkan untuk anda. Soalan-soalan akan disusun secara rawak, tetapi menguji personaliti anda yang sama. Kadang-kadang soalan yang sama ditanya berulang kali. Silap jawab, kantoi yang anda menipu!

Ada lebih banyak tips jawab soalan psikometrik SPA. Semua tips ini ada dikongsikan dalam Ebook Rujukan Psikometrik Edisi Terkini Disember 2020.

Anda juga akan dapat lebih banyak contoh soalan psikometrik yang dilengkapi dengan skema jawapan. Anda mendapatkan segera rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan Psikometrik Akauntan

Rujukan ini mengandungi 100+ Contoh Soalan Psikometrik kerja kerajaan. Lengkap dengan nota-nota dan skema jawapan-jawapan yang padu.

Ia akan mempertajamkan kemahiran anda menjawab ujian psikometrik pada peperiksaan nanti. Supaya anda tak tersalah jawab. Supaya anda tak kantoi dengan sifat-sifat negatif. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik
Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Ujian-Psikometrik-December-2020

SAYA NAK RUJUKAN PSIKOMETRIK INI SEKARANG

 

Begitulah sedikit sebanyak Contoh Soalan Psikometrik SPA yang akan anda hadapi pada peperiksaan ni.

Namun, harus diingat. Contoh Soalan Psikometrik Kerja Kerajaan yang kami sediakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja. Namun begitu, kami telahpun membuat kajian mengenai soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan Psikometrik Online SPA. Kami dah kumpulkan soalan-soalan ini dalam Ebook Rujukan Psikometrik Ini. KLIK SINI UNTUK DAPATKANNYA SEKARANG!

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Kami doakan kejayaan anda 🙂

Artikel Berkaitan :

error: Content is protected !!